assalamualaikum . welcome to my simple blog . have a nice day *ap aku merepek ni* please be nice here . follow kay . much love :)

13 March 2016

Terima Kasih ya Allah

Assalamualaikum. hey and hai semua. lama sangat tak update blog kan ? yg previous ni dah delete. hahaha. tahun 2016 ni saya officialnya telah mancapai 17 tahun. sekejap je rasa masa berlalu. macam macam dah lalui. pahit manis masam kelat tawar semua ada. hahahaha. tahun ni juga tahun penting sebab nak SPM. tak payah la tanya apa persiapan yang dah buat, saya sendiri pun tak tahu. actually nak share something yang first time saya sertai sepanjang 17 tahun saya hidup. guess what ? saya masuk SYARAHAN AGAMA SPONTAN. mula mula ustazah suruh tu pun rasa macam alamak, dah la tak pernah masuk, tak de pengalaman. senang cerita paksa rela la. haha. lepastu bila dah berlatih hari hari, rasa seronok. bercakap depan orang ramai dengan mic, memang dah biasa since sekolah rendah lagi. tapi tak pernah lagi la pulak masuk pertandingan bercakap depan orang ramai pakai mic. so apa lagi mintak nasihat family la. mak ayah kata saya berani, saya boleh. kakak pula kata saya boleh, saya kena yakin pada diri sendiri. member member pula kata saya boleh. ustazah ustazah kata saya boleh, mereka bagi harapan dekat saya terlalu tinggi. mereka nak lihat saya sampai kebangsaan. saya rasa macam terlalu berat, tapi saya yakinkan mereka, saya kata saya boleh, in sha Allah. tiba hari dinantikan 10/03/2016 lawan peringkat zon dekat smk.pengkalan permatang. kitaorang, peserta peserta semua berborak macam dah kenal bertahun tahun. gelak gelak, support antara satu sama lain. padahal tu kali pertama jumpa and mybe tak last la kot. ada rezeki jumpa lagi mybe tak kenal tapi cam muka. perkara biasa. saya undian ke-12. nak lawan bola jaring pun saya punya berdebar macam nak kena pergi berperang. tu berkumpulan apatah lagi sorang sorang. tapi pagi tu, saya rasa sangat tenang, sangat relax, macam tak de pape berlaku. sampai la saya ambil satu sampul untuk tajuk syarahan spontan, baru saya rasa berdebar. itu pun masa saya dah duduk dekat kerusi dalam masa 2 minit untuk tulis point yang akan kita huraikan. waktu tu pun berdebar saya tak seberdebar nak pergi lawan, masih ada ketenangan. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya, saya dapat tajuk yang first sekali saya nak, tajuk yang saya selalu berlatih. Allah berikan saya ketenangan yang saya pun tak tahu nak cakap macam mana. saya tak pernah rasa setenang tu. Alhamdulillah. peringkat zon saya dapat johan, sekaligus pergi ke daerah 30/03/2016 ni. betul kata pengulas untuk semua pertandingan. waktu tu baru saya sedar. Allah takkan pilih saya kalau saya tak mampu. tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk saya, Allah dah aturkan semuanya dengan sempurna. sebelum pertandingan, banyak kali saya tertanya tanya dekat diri sendiri. saya selalu cakap ' dalam ramai ramai kat sekolah ni kenapalah aku yang kena ? siapa lah yang baik sangat pergi petik nama aku ' saya tak sedar waktu tu yang sebenarnya Allah yang pilih saya. Alhamdulillah. sampai sini dulu rasanya, doakan saya berjaya, doakan saya supaya dapat capai cita cita orang sekeliling saya untuk lihat saya sampai kebangsaan. ada yang cakap, mereka nak lihat saya jadi dai'e. in sha Allah.

No comments:

Post a Comment

- Assalamualaikum
- Sila membebel disini ^_^
- Thank You :*